KELAS SEO & COPY WRITING BERSAMA COACH SURAYA ALI - 6 Sept 2018

September 07, 2018

KELAS SEO & COPY WRITING BERSAMA COACH SURAYA ALI - 6 Sept 2018

Bersama Coach Suraya Ali

Siapa saya? Saya seorang isteri, ibu kepada dua anak lelaki, saya dilahirkan sebagai anak sulong didalam keluarga, mempunyai keinginan dan cita-cita untuk mengembara serata dunia, punyai wang simpanan untuk hari tua, bebas hutang dan sebagainya. Ya impian saya sama seperti impian kawan-kawan yang lain. Saya masih bekerja dan berniaga dalam masa yang sama!Berniaga di atas talian adalah dunia baru yang saya ceburi, semoga ada rezeki saya disini!
.
Berbekalkan semangat untuk mengubah kehidupan saya cabar diri untuk pelajari pelbagai ilmu terutamanya bersandarkan pemasaran di atas talian. Ya kepada siapa saya harus berguru? Teknik semakin mencabar, semakin canggih, lambat pastinya saya akan jauh ketinggalan. 
.
Disarankan oleh seorang sahabat, saya mengikuti kelas E usahawan anjuran MDEC pada 19 Ogos yang lepas, kelas ini memberi kesan positif yang termaksima kepada saya, ianya membuka minda saya. Kami berguru dengan 4 orang coach...coach wan, coach hakim, coach rozek & coach suraya....pebagai ilmu asas teknik pemasaran di atas talian dipelajari...seharian belajar dan diakhir kelas kami ditawarkan untuk mengikuti kelas SEO dan copy writing yang akan dikelolakan oleh coach suraya!! wow ini peluang tanpa berfikir panjang saya terus buat pembayaran dan mendaftar  melalui emel yang tersedia! RM25 sahaja, eh biar betul ni?!
.
Kerana masih bekerja, maka seharusnya cuti tahunan diambil bagi tuntutan menuntut elmu. Saya sangat perlukan ilmu ini, saya perlu cabar diri keluar dari zon selesa, datang belajar ilmu-ilmu terkini. saya perlu mahir menggunakan blog, saye perlu mahir copywriting supaya bisnes yang saya jalankan selama 2 tahun ini tidak akan berkubur begitu sahaja!
.
Apa itu blog? Saya baru berkenalan dengan kaedah blog ini seusai pulang dari kelas e usahawan 19hb Ogos yang lalu, balik kerumah saya cuba buka 1 akaun untuk blog saya. Tapi semasa di kelas Eusahawan kami hanya diajar perkara asas tentang blog. Tetapi semalam suatu ilmu baru dari Coach Suraya iaitu SEO (Search Engine Optimization) dimana kami mempelajari kaedah untuk menarik minat prospek untuk mendekati kedai maya kita ini. Teknik bagaimana untuk menarik trafik, cara bagaimana membuatkan blog atau website kami muncul di halaman pertama carian google dan juga teknik untuk membina blog atau website yang disukai prospek dan juga google.
.
Di sesi sebelah petang, kami belajar pula teknik COPYWRITING. Kalau selama ini saya hanya meniru copywriting yang disediakan oleh pihak HQ untuk setiap produk yang saya jual! Kini saya berazam, bermula hari ini saya akan pastikan segala ilmu yang saya dapat dari coach suraya dipraktikkan! Memang mudah sebenarnya bila kita sudah tahu seni copywriting! Apa dia elemen-elemen penting di dalam copywriting! Apa die formula2 yang perlu ada dalam sesebuah copywriting! Formula AIDCA dan juga FAB, kami diberi contoh dan penerangan terperinci oleh coach suraya, semua ini membuatkan saya bertambah teruja untuk mulakan copywriting sendiri.
.
Besar harapan saya, agar segala ilmu yang saya perolehi semalam dapat saya praktikkan, supaya ianya menjadi pemangkin kejayaan saya di masa hadapan, semoga ianya memberi manfaat dan juga dorongan untuk saya terus maju lagi dalam bidang perniagaan di atas talian yang telah saya ceburi.
.
Doa saya semoga Allah merahmati coach kami, Puan Suraya Ali, Ya Allah berikan beliau kesihatan yang baik supaya beliau dapat meneruskan misi murni beliau dalam membantu usahawan-usahawan seperti kami untuk lebih maju lagi. 

Terima kasih coach halalkan ilmu!!

Nurul Akmar Redzuan
NF3 Smiley Store
Kelas SEO & CW  6 Sept 2018


You Might Also Like

0 comments

About Me

Stokis IV Beauty Bandar Puncak Alam Hubungi 0129335461 untuk maklumat lanjut Agen Dropship diperlukan!

Like us on Facebook

Popular Posts